Individu
adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, Dia memegang peranan penting dalam
menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu sendiri. Oleh kerana itu, yang
menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah individu, kemudian keluarga, dan
akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah
orang lain ke jalan kebaikan. Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang
benar-benar mukmin akan membuka banyak peluang untuk sukses. Inilah
karakteristik Islam yang paling menonjol, iaitu pembentukan peribadi islami
{takwin asy-syakhshiyab
al-islamiyyah).
Walau
jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita dapat mengajak
satu orang dari mereka dalam setiap hari agar mahu bergabung dalam dakwah
islamiah, maka perlahan tapi pasti kita telah mengentaskan mereka dari kehinaan
jahiliah menuju kemuliaan di bawah naungan cahaya Islam. Bukankah ini adalah
tujuan dakwah? Bukankah mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan
yang bijaksana dan akan membuahkan hasil yang jelas?
Tugas
kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam. Jika individu
bisa menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik, dan dengan sendirinya
Islam akan berdiri tegak. Dalam jamaah dakwah islamiah sendiri, kita mengadakan
suatu program yang kita sebut dengan projek al-akh al-wahid, iaitu
setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota baru
dalam satu tahun.
Tidak
seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana perputaran waktu adalah
bahagian dan pengubatan dan pembentukan (at waqtu juz'un minal 'ilaj wat
takwin). Sehari
dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat. Umat yang mengerti
betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan pernah mati. Ini semua akan
bergantung pada para da'i dalam memandang kesucian dan urgensi risalah dakwah
serta bergantung pada pengorbanan para da'i, baik harta, tenaga, mahupun
waktu.
Yang
perlu diperhatikan oleh para da'i pada masa pembentukan (fase takwiniyab) adalah
memberikan uswah
hasanah, bertujuan
menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang Islam. Ini harus
dilakukan dengan kemantapan Kiat
Memikat Objek Dakwah iman,
pemahaman yang universal, dan bertoleransi dalam masalah-rnasalah khilaf dan
furu.
Metode
dakwah haruslah secara tadarruj (bertahap),
sebagaimana firman Allah swt., "Dan berilah peringatan kepada
kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Asy-Syu'ara:
214)
"Maka sampaikanlah olehmu secara
terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari
orang-orang musyrik. " (Al-Hijr:
94)
"Telah diizinkan (berperang) bagi
orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab dianiaya.
Sesunggubnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu." (Al-Hajj:
39)
Dari
anasir jahiliah, Rasul mencetak pasukan hidayah. Dari anasir hidayah, Rasul
menaklukkan negen-negeri thaghut. Di jalan itulah, Rasul meletakkan sistem
dakwahnya.
0 komentar:
Posting Komentar